One Place All Car 100% Loan get Cash Back

 

FAQ (Frequently Asked Questions)
SOALAN LAZIM DITANYA

Di bawah adalah beberapa soalan lazim yang selalu ditanyakan oleh pembeli kami. Semoga jawapan yang diberikan adalah jelas dan dapat membantu anda.

Sekiranya anda ada soalan lain,
sila hubungi kami:

HP 019 338 7710 (KR)

Email Kami. Klik Di Sini.


Apakah dokumen yang diperlukan untuk pembelian kereta?

Soalan:
 Apakah dokumen yang diperlukan oleh pihak Bank untuk pinjaman pembelian kereta?

Jawapan:
Selalunya, 4 dokumen ini sudah memadai
1. Salinan IC
2. Salinan Lesen Memandu*
3. Salinan Slip Gaji  (3 bulan)
4. Salinan Bank Statement (terbaru)

*Sekiranya anda belum lagi mempunyai lesen memandu kereta yang sah, lesen kelas D, anda masih boleh memohon pinjaman kereta melalui 2 cara berikut:

1. Pinjaman dengan AMBANK. Selain salinan IC, Penyata gaji 3 bulan dan penyata bank terkini, anda hanya perlu menyertakan dua keping gambar bersaiz IC anda.

2. Dalam kes permohonan pinjaman yang memerlukan penjamin, jika penjamin anda mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda.

Baru-baru ini, melalui pengalaman membuat pinjaman bank untuk pembeli saya, ada kes-kes tertentu, MAYBANK melepaskan pinjaman pembeli yang hanya memiliki lesen motorsikal sahaja.



Berapakah dan bagaimanakah bayaran bulanan dikira?

Soalan:
Saya bercadang ingin membeli Myvi, berapa bayaran bulanan kereta Myvi saya?

Jawapan:

Bayaran bulanan dikira berdasarkan kepada 3 perkara asas berikut:
1. Jumlah pinjaman anda
Lebih tinggi jumlah pinjaman, lebih tinggi bayaran bulanan.

2. Kadar faedah semasa bank
Lebih tinggi kadar faedah bank, lebih tinggi bayaran bulanan.

3. Tempoh masa pembayaran balik
Lebih pendek tempoh masa bayaran balik, lebih tinggi bayaran bulanan.

Pembayaran pinjaman sewa beli dikira mengikut kaedah garis lurus yang mudah (simple straight-line).

Contoh:
Katalah anda bercadang membuat pinjaman Myvi anda rm40,000 dalam tempoh masa 9 tahun. Kadar faedah semasa 3.75%.

Sekarang anda tahu 3 perkara asas yang disebutkan di atas:
1. Jumlah pinjaman anda rm40,000
2. Kadar faedah semasa bank 3.75%
3. Tempoh masa pembayaran balik 9 tahun

Pengiraan:

Jumlah pinjaman anda: rm40,000
Jumlah keseluruhan faedah 9 tahun adalah: rm40,000 x 3.75% x 9 tahun = rm13,500
Jumlah kos pemilikan anda: Jumlah keseluruhan faedah + Jumlah pinjaman = rm40,000 + rm13,500 = rm53,500

Maka; bayaran bulanan anda = Jumlah kos pemilikan bahagi dengan Jumlah bulan bayaran semula:
rm53,500 bahagi (9 tahun x 12) = rm53,500 / 108 bulan = rm495.37 / bulan.

Atau, anda cuma perlu masukkan nilai sahaja, sistem akan kira untuk anda, klik web dibawah:

CALCULATOR ANDA. MAYBANK. KLIK DI SINI.



Berapa kadar faedah terkini?




Soalan:
Saya bercadang nak beli Viva, berapa kadar faedah terkini?


Jawapan:
Secara umumnya, kadar faedah berbeza mengikut:
1. Brand kereta
2. Tempoh pinjaman
3. Bank

1. Brand kereta
Secara umumnya:
A. Kereta Nasional, Proton dan Perodua, kadar faedahnya adalah:
3.50% untuk pinjaman 5 tahun
3.65% untuk pinjaman 7 tahun
3.75% untuk pinjaman 9 tahun

B. Kereta Continental, Jepun dan Korea, kereta recond AP, kadar faedahnya:
3.20% untuk pinjaman 5 tahun
3.35% untuk pinjaman 7 tahun
3.50% untuk pinjaman 9 tahun


C. Untuk menarik pembeli, terdapat brand dan model tertentu yang menawarkan faedah yang lebih rendah atau tiada faedah langsung, contohnya Naza Spectra, BMW, Chevrolet, melalui skim Credit mereka sendiri. Misalnya, BMW Credit menawarkan kadar faedah 1.38% untuk kereta mereka.

2. Tempoh pinjaman
Seperti yang ditunjukkan di atas, lebih lama tempoh jangkamasa pinjaman kebih tinggi kadar  faedah yang dikenakana oleh pihak Bank.


3. Bank
A. Bank Nasional, kakitangan Kerajaan sahaja, kereta Nasional 3.50% - 3.75%
B. Maybank, Ambank, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Perodua 3.50% - 3.75%
C. Bank Rakyat, kakitangan Kerajaan sahaja, Perodua 4.15%, Proton 4.15%
D. Bank Islam, kakitangan Swasta dan Kerajaan, Graduan Skim, Perodua 3.83%, Proton 3.83%

Ketiga-tiga faktor di atas mempengaruhi kadar faedah setiap pembelian kereta baru.

Untuk pembelian kereta terpakai (second-hand) melalui syarikat-syarikat kereta terpakai, kadar faedahnya lebih tinggi, terkini antara 4.00% hingga 6.0%, bergantung kepada model kereta, kekuatan status pembeli, bank dan usia kereta berkenaan. Lebih tua usianya, lebih tinggi kadar faedahnya.


Berapa gaji dan kelayakan untuk pinjaman?

Soalan:
Gaji saya rm1,800, bolehkah saya beli Persona 1.6 Auto M-Line metallic full loan?

Jawapan:
Kebiasaannya, pinjaman diluluskan berdasarkan bayaran bulanan dan gaji bersih anda. Jumlah bayaran bulanan tersebut tidak melebihi 1/3 atau 33% dari gaji bersih anda.

Harga Persona 1.6 (A) M-Line metallic rm53,300. Pada kadar 3.99%, pinjaman rm53,300, tempoh 9 tahun, bayaran bulanan adalah rm670.

1/3 atau 33% dari rm1800 = rm600.

Oleh kerana rm670 melebihi 1/3 dari gaji rm1,800,  pembelian 100% adalah tidak mungkin.  Kecuali dalam kes-kes tertentu, misalnya pemohon adalah kakitangan kerajaan, kelonggaran akan diberikan jika lebihan itu adalah kecil.

Sebagai pilihan lain, anda boleh menggabungkan pendapatan anda dengan salah satu dari 3 penjamin yang mempunyai pendapatan tetap:
1. Ayah
2. Mak atau
3. Pasangan anda (Suami / isteri)

Pendapatan penjamin di atas, akan digabungkan dengan pendapatan anda. Sekiranya gabungan pendapatan itu melebihi 1/3 atau 33% dari kadar bayaran bulanan kereta anda, anda boleh mendapatkan nilai pinjaman yang dikehendaki.


Siapa dan apakah model syarat untuk pinjaman 100%?

Soalan:
Saya cukup berminat dengan MyVi SE. Boleh tak saya mendapat pinjaman 100% untuk MyVi 1.3 (A) SE?


Jawapan
:
Mengikut Prosedur Standard Operasi bank (Bank's Standard Operating Procedure), jumlah pinjaman kereta baru hanya untuk pembiayaian 90% dari harga kereta tersebut, 10% lain perlu dibayar sebagai duit muka oleh pembeli.

Tetapi, sekiranya anda kakitangan kerajaan atau badan berkanun (MARA, TNB etc), dengan gaji melebihi 1/3 atau 33% daripada bayaran bulanan tersebut, anda layak/ boleh mendapatkan melalui skim potongan gaji dengan BANK RAKYAT tetapi kadar faedah 4.25%. Satu kadar yang tinggi berbanding dengan bank-bank lain. MAYBANK misalnya menawarkan kadar faedah 3.50% - 3.75%.

Dan, potongan ini selalunya hanya dibenarkan jika anda belum lagi membuat penolakan potongan gaji untuk pinjaman lain. Jika anda sudah melakukannya, anda masih boleh membuat pembiayaan 100% dengan Bank Rakyat, dengan syarat jumlah bayaran tersebut tidak melebihi 60% balance gaji anda.

Jika anda kakitangan swasta, anda seorang Graduan yang baru setahun atau dua tahun bekerja, Bank Islam juga menawarkan pinjaman 100% untuk semua model, termasuk MyVi SE, tertakluk kepada syarat kelayakan gaji anda.

Bank selain BANK RAKYAT dan BANK ISLAM, anda tidak boleh mendapatkan pinjaman 100% untuk MyVi SE. Untuk kakitangan swasta, hanya model yang harganya lebih rendah dari nilai pinjaman 90% model tertinggi sahaja boleh mendapat pinjaman 100%. Kaedah ini selalunya disebut 'mark-up model' dan 'mark-up aksesori'. Melalui kaedah ini, pembelian MyVi (A) standard akan dibuat dengan pinjaman MyVi SE (A).

Atau, jika hanya terdapat satu spesifikasi sahaja, contohnya MyVi 1.0 (M), nilai pinjaman akan dinaikkan melalui tambah-nilai aksesori.

Kenapa MyVi SE tidak boleh dapat pinjaman 100%?

Jawapannya, MyVi SE adalah spesifikasi yang paling tinggi dan lengkap aksesorinya, sebab itulah 'mark-up model' atau 'mark-up aksesori' tidak boleh dilakukan.

Mark-up loan hanya boleh diguna-pakai untuk spesifikasi Myvi standard dan Myvi Premium sahaja, dengan mark-up loan kepada MyVi SE.

Jadi sekiranya anda bukan kakitangan Kerajaan atau badan berkanun tertentu dan bukan seorang graduan yang baru setahun dua bekerja, untuk membeli MyVi SE, anda perlu mengeluarkan 5% - 10% duit muka. Kecuali dalam tempoh-tempoh promosi tertentu, jika Perodua memberi diskaun sehingga rm5,000 kepada model MyVi. Memandangkan MyVi adalah model yang sangat laris dan popular, kemungkinan ini tidak mungkin berlaku.

Kenapa perlu penjamin?

Soalan:
Kenapa saya memerlukan penjamin?

Jawapan:
Selalunya, kerana beberapa faktor berikut:
1. Gaji anda tidak mencukupi 1/3 dari bayaran bulanan kereta anda.
2. Anda berumur bawah 24 tahun. Dalam kes yang kuat, contohnya anda kakitangan Kerajaan dengan gaji yang kuat, anda dikecualikan dari penjamin.
3. Gaji anda tidak tetap. Contohnya gaji yang berdasarkan komisyen.
4. Rekod bayaran terdahulu anda tidak memuaskan. Nama anda tersenarai dalam CTOS atau CCRIS.

Siapa yang boleh jadi penjamin?

Soalan:
Siapa yang boleh jadi penjamin saya?

Jawapan
:
Sekarang, hanya:
1. Ayah
2. Emak
3. Suami atau isteri
4. Adik beradik
5. Ipar duai

Yang mempunyai pendapatan tetap sahaja yang dibenarkan menjadi penjamin anda.

Tidak seperti tahun 90an dahulu, kawan-kawan boleh jadi penjamin. Sekarang tidak boleh.



Blacklist, CTOS atau CCRIS boleh mohon pinjaman?

Soalan:
Blacklist boleh mohon pinjaman?


Jawapan:

1. Blacklist
Blacklist adalah kerana kegagalan anda, atau orang yang anda jamin, membayar hutang Bank, atau hutang Kerajaan, hutang MARA, atau Institusi  Perniagaan seperti Courts Mammoth, Singer dan sebagainya. Dan kes ini telah dibawa ke mahkamah.

Kes-kes seperti di atas, Bank tidak mungkin meluluskan permohonan anda.

2. CTOS (Credit Tip Off Services)
CTOS adalah satu badan bebas yang memiliki rekod kurang baik individu dalam pembayaran hutang-hutang seperti hutang kredit kad, hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya.  Nama anda mungkin anda dalam senarai CTOS jika anda lambat membayar hutang-hutang anda.

Dalam kes-kes seperti di atas, terutamanya kelewatan itu tidak begitu kritikal, permohonan anda mungkin diluluskan oleh Bank. Selalunya dalam kes-kes begini, pihak Bank akan meminta penjamin.  Pinjaman akan dikurangkan dari jumlah yang diminta, kadar faedah lebih tinggi dari yang standard.

3.  CCRIS (Central Credit Reference Information Systems)
Sama seperti CTOS, bezanya dua badan yang berbeza. Lulus atau tidak permohonan pinjaman anda, bergantung kepada kelewatan dan nilai tunggakan tersebut.

Untuk kes-kes CTOS dan CCRISB yang tidak kritikal, brand-brand tertentu seperti Hyundai, Nissan, Toyota, Perodua, BMW misalnya, mereka mempunyai Institusi Credit mereka sendiri untuk pembiayaan pinjaman mereka dengan kadar faedah yang kompetitif dengan kadar faedah Bank. Perodua dan Toyota dengan Toyota Capital,  Hyundai  dan BMW dengan BMW Credit, Nissan dengan Tan Chong Capital.

BERITA BAIK!
 Kakitangan Kerajaan masih boleh membuat pinjaman kereta walaupun nama anda termasuk senarai BLACKLIST. Ambank menyediakan skim melalui penolakan gaji melalui Biro Angkasa, syaratnya, bayaran bulanan kereta tidak melebihi 60% dari gaji bersih anda, dan jumlah Blacklist tidak melebihi rm25,000-

Tiada lesen memandu, boleh mohon pinjaman bank?

Soalan:
Saya tidak mempunyai lesen memandu kereta, boleh tak saya buat pinjaman kereta?

Jawapan:
Ya, anda boleh buat pinjaman kereta anda. Syaratnya sediakan seorang penjamin yang mempunyai lesen memandu kereta, anda hanya perlu mengemukakan lesen penjamin anda. Itu sahaja.